Tuesday 24 April 2012

Aku Mahu Pulang...

Hari makin gelap. Ada yang mengganggu kotak fikiran. Tidak tahu apa. Punca dari hati dan perasaan yang sunyi(mungkin). 

Bunyi guruh kedengaran sayu beriramakan lagu hujan yang syahdu seakan ada perkara yang sedih baru berlalu. Aku masih kesejukan kerana berhujan pulang dari kelas sebentar tadi. Ya. mungkin aku degil, sengaja berjalan dalam rintik hujan dengan kelajuan yang 'menyiput'. Sengaja membiarkan titisan hujan itu membasahkan pakaianku. Tiada apa yang aku fikirkan. Kosong..

Sekarang aku terbaring bermalas-malasan sendiri di atas katil. Kepala mula sakit. Sangat sakit. Berfikir. Apa nasibku sebentar lagi. Ah, biarlah! Aku yang sakit. Tiada siapa yang kisah. Apa salahnya bila demam. Lagipun, bila lagi masanya kita nak mensyukuri nikmatnya kesihatan tubuh kita melainkan bila kita jatuh sakit.

ZzZzZzZzzz...........

Aduh, pukul berapa nie?! Sakitnya kepala. Alhamdulillah. Memang aku sudah demam. Jam sudah pukul 8 malam, tapi suasananya seperti 6.30 pagi. Sangat sejuk. Aku capai selimut. Selubung dalam kesejukan. Perutku sudah lapar. Sangat lapar. Tapi tiada selera. Bukan hanya kerana demam, tapi kerana memikirkan jumlah wang dalam dompet. "Nak makan mane cukup seratus." Bodoh! Untunglah kalau seratus. Masalahnya sekarang ade RM5. Untuk esok pagi, dan hari-hari mendatang sehingga elaun masuk. Haha. Sedih betul hidup sebagai pelajar.




??????

Ok. Cerita aku kali ini mungkin/memang tak menarik. Aku cuma mahu menulis. Cerita kali ini bukan rekaan. Inilah kehidupanku sebagai pelajar. Inilah apa yang aku sedang lalui. Hidup berdikari. Sendiri. Banyak yang berubah sejak aku datang ke sini. Dan cara hidupku banyak juga yang diubah. Aku rindu keluargaku. Tiada apa juga yang aku mahu tunjukkan selain daripada betapa pentingnya keluarga kita. Tiada apa yang aku mahukan. Yang pasti.
 Aku mahu pulang...


No comments:

Post a Comment