Monday 1 July 2013

Buat BBM :'(

Assalamualaikum. Hi !


Kisahnya, semalam aku tidur lewat. Pasal sejak masuk degree ni banyak kerje sikit kan.
Jadi, semalam aku dengan partner group aku buat Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kelas esok pagi (tadi pagi).

Jadi ini kite antara pertama-tama kalinya aku buat bende alah ni la. Tadi lecturer pon cakap sem ni memang tugasan untuk BM, semua unit yang ada ambil subjek literasi BM akan bergabung dan meletup untuk menghasilkan BBM yang kreatif dan dikumpulkan untuk pameran nanti. LOL.. setiap minggu kene buat BBM la nih... sad.. Takpela.. mase ni lah nak belajar buat semua ni. lepas ni bile dah posting senang kan. :)









Dipendekkan cerita, kat atas ni la BBM yang kitorang buat. simple je.. tak kreatif pon.. pertama kali buat kot. Malas pikir panjang. kesimpulannya, elakkan buat kerja last minit. lol. haha. takpe la.. minggu depan ade buat BBM lagi kan. so boleh improve lagi nanti. 

Aku menulis hari ni bukan nak bagi cerita pelik-pelik, just ini kehidupan kami sebagai seorang bakal guru yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar Seremban. Sebagai bakal guru banyak yang kami belajar untuk menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab dan berketerampilan kelak. InsyaAllah, lagi 3 tahun lagi pengajian dan aku akan jadi seorang guru Pendidikan Seni Visual yang berjaya. 




Thank to my group partner yang jadi partner aku dalam tugasan ini. 
credit to - Udin A.K.A wak



Sunday 30 June 2013

10 days to go. :)

Hi, assalamualaikum. :)

Kalau ikut kalender yang aku tengah belek sekarang nih, tarikh kalender Islam kite sekarang dah kira 21 Syaaban 1434. Bile ingat pasal kalender Islam je mesti aku akan teringat lagu yang aku belajar mase sekolah agama dulu. alah, lagu tu la.. lagu bulan Islam tu..


"Muharram Safar Rabiulawwal Rabiulakhir Jamadilawwal, Jamadilakhir, Rejab Syaaban Ramadhan Syawwal ZulKaedah Zulhijjah.."

(huhuh... Ingat lagi aku lagu ni. : v)


Kalau tengok kalender dah 21 Syaaban, maksudnya dah nak masuk bulan Ramadhan la kan. Maksudnya kalau kira dari esok, lagi 10 hari lagi dah nak puase. Wow, Excitednyeeee..... -..-

patuhi rambu. ingat tu. rambu.. ape ntah rambu. aku google je pic nih.
Bila ingat je pasal bulan puasa mesti aku akan rasa something. Tak tau la rasa ape just macam something yang macam sebak, rasa sedih, macam feeling sikit la.. Entahla, mungkin aku fikir pasal family aku kot. Family aku ni kire besar la jugak. Lebih rasa macam 'hilang' bile teringatkan arwah ayah aku. Masuk Tahun ni dah kire 8 tahun die pergi. Semoga syurga tempat dia. Amin.

Macamne pun bile dah besar ni mesti aku  ingat mase kenangan aku mase kecik-kecik sambut bulan puasa. Macamne malam sebelum raya tu. Memang gila dengan mercun semua la kan. Yang aku perhatikan sekarang semua orang akan cakap "raya sekarang dah tak best, tak seronok macam dulu."


Kalau fikirkan memanglah tak seronok, ko tu dah besar. Mase kecik memang nampak seronok sebab dulu yang kite fikir cume nak main. huhu. Dah la.. membebel pulak.



So, since nak puasa nanti ni aku nak ingatkanlah kat korang sume jangan lupe niat puasa. Niat puasa sebulan. Penting jugak kan. Kalau ade yang tak hafal meh sini aku da tolong google kan untuk bantu korang. :3

Ok lah malas nak membebel lagi. Harap semua ready kan diri lah nak puasa ni. Bagi yang belum ganti puasa tu ganti la cepat sementara masih sempat k. Bulan puasa nanti jagan lupa banyakkan bersedekah dan baca Al-Quran insyaAllah besar ganjaran-Nya disisi Allah. :)


Friday 28 June 2013

JDT luaskan kuasamu!


Assalamualaikum. lame tak menaip nih. :D


Nampak tak post aku kali ni. Memandangkan sekarang ni tengah demam final piala FA ni kan, sampai kat twitter hari ni pon sibuk post pasal JDT manjang dari pagi bute tadi. Jadi, aku rasa terpanggil la sikit nak tulis pasal bende ni. First mesti la aku nak promote sape yang aku sokong kan. Dah nama orang Johor memang tak sah la kalau tak sokong JDT kan. Apa yang aku nak tulis ni bukan pasal berape fanatiknya aku dengan JDT ni. Cuma nak kongsi pendapat sikit la pasal bola ni.

 Bola ni memang boleh jadi kegilaan kat mane-mane tempat kat dunia pon. Bukan cume kat Malaysia malah kat mane-mane pun lah. Tengok la mase World Cup dulu tu. Bagi aku semangat bola tu elok, baik, budiman, patriotik la apa la tu sume kan. Cume tak sedap la bila tengok ade pergaduhan pasal bola ni. Kembang-kempis je hidung aku mase tengok berita mase perlawanan JDT vs Pahang yang ditunda tu. Malaysia ni negara yang aman, tibe-tibe ade pulak pergaduhan, rusuhan tu sume. pasal bende kecik pulak tu. Pasal bola. iyekk... sedih rase hati ni tuan puan. isk. iskk... iskhhh...


kesian tengok awek ni menangis tau.

Aku kat sini takde la nak menunding jari kat sape-sape just rasa macam tak puas hati la. Negara kite ni kan katenye negara bersatu. Aman, makmur, sentosa, bahagia, muhibah, bulat air tu sume tu lah. tapi tak mau lah pasal bende macam ni satu negara bermusuh kan. Cukuplah mase pilihanraya hari tu satu negara macam ape dah. Macam fahaman dah tak same dah.

Just nak cakap jangan lah bermusuh even siapa sokong siapa pun. Korang tak mati pun kalau negeri korang sokong tu kalah. Menang pun paling-paling dapat cuti je. hik-hik. Cuma bersainglah dengan sihat.

Hopefully malam ni perlawanan JDT vs Kelantan dapat berlangsung dengan baik la. Jaga imej bola sepak Malaysia. Malam ni kite lepak mamak same-same k. :D

'Majulah sukan untuk negara'

Tuesday 24 April 2012

Aku Mahu Pulang...

Hari makin gelap. Ada yang mengganggu kotak fikiran. Tidak tahu apa. Punca dari hati dan perasaan yang sunyi(mungkin). 

Bunyi guruh kedengaran sayu beriramakan lagu hujan yang syahdu seakan ada perkara yang sedih baru berlalu. Aku masih kesejukan kerana berhujan pulang dari kelas sebentar tadi. Ya. mungkin aku degil, sengaja berjalan dalam rintik hujan dengan kelajuan yang 'menyiput'. Sengaja membiarkan titisan hujan itu membasahkan pakaianku. Tiada apa yang aku fikirkan. Kosong..

Sekarang aku terbaring bermalas-malasan sendiri di atas katil. Kepala mula sakit. Sangat sakit. Berfikir. Apa nasibku sebentar lagi. Ah, biarlah! Aku yang sakit. Tiada siapa yang kisah. Apa salahnya bila demam. Lagipun, bila lagi masanya kita nak mensyukuri nikmatnya kesihatan tubuh kita melainkan bila kita jatuh sakit.

ZzZzZzZzzz...........

Aduh, pukul berapa nie?! Sakitnya kepala. Alhamdulillah. Memang aku sudah demam. Jam sudah pukul 8 malam, tapi suasananya seperti 6.30 pagi. Sangat sejuk. Aku capai selimut. Selubung dalam kesejukan. Perutku sudah lapar. Sangat lapar. Tapi tiada selera. Bukan hanya kerana demam, tapi kerana memikirkan jumlah wang dalam dompet. "Nak makan mane cukup seratus." Bodoh! Untunglah kalau seratus. Masalahnya sekarang ade RM5. Untuk esok pagi, dan hari-hari mendatang sehingga elaun masuk. Haha. Sedih betul hidup sebagai pelajar.




??????

Ok. Cerita aku kali ini mungkin/memang tak menarik. Aku cuma mahu menulis. Cerita kali ini bukan rekaan. Inilah kehidupanku sebagai pelajar. Inilah apa yang aku sedang lalui. Hidup berdikari. Sendiri. Banyak yang berubah sejak aku datang ke sini. Dan cara hidupku banyak juga yang diubah. Aku rindu keluargaku. Tiada apa juga yang aku mahu tunjukkan selain daripada betapa pentingnya keluarga kita. Tiada apa yang aku mahukan. Yang pasti.
 Aku mahu pulang...


Friday 5 August 2011

hakikat kehidupan.

KECEWA
SEDIH
Selalu kita lalui. Macam-macam yang boleh buat kita rase macam tu. Antaranya sebab masalah hidup, kekurangan diri, dan tidak terkecuali sebab cinta. Memang aku selalu kecewa dan rasa sedih. Sentiasa terasa hati. Rasa macam dunia ni tak adil untuk kita. Selalu terfikir yang bukan-bukan. Kenapa kehidupan kita tak sebaik hidup dia. Kenapa hidup kita tak semewah dia. Kenapa kita lahir dalam taraf hidup yang macam ini. Siapa yang akan dipersalahkan? Siapa yang sentiasa dipersalahkan? Ayah kita? Ibu kita? Diri kita sendiri? Atau Tuhan? Nauzubillah... Sesungguhnya Tuhan tahu apa yang kita tak tahu. Dia tahu apa yang kita tak mungkin tahu. Tuhan tak akan memberi sebarang dugaan atau cabaran kepada kita tanpa sebarang sebab. Fikirkan betapa indahnya nikmat yang Tuhan beri pada kita. Mungkin kita sentiasa berada di bawah, tapi bolehkah kita bayangkan siapakah kita sekarang jika kita berada di atas. Adakah kita sebaik ini? Adakah kita setabah ini? Mungkin kita tidak sedar bahawa segala cabaran yang datang akan sentiasa melatih kita untuk lebih kuat untuk menjalani kehidupan. Jangan sesekali menganggap bahawa kita tidak akan mampu menanggung dugaan yang datang kerana Tuhan tak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya. Jadi berbanggalah kerana tidak semua orang yang setabah kita dalam mengharung setiap dugaan yang kita hadapi.
Let bygones be bygones. And all of our tears will be lost in the rain.
Renungkanlah...

  • Orang yang sentiasa bersedih akan sentiasa memikirkan bahawa hidupnya tidak pernah ada sesuatu yang manis dan berpihak kepadanya. Sedangkan segala yang manis itu sentiasa ada dan sentiasa menghiburkan hatinya saban hari.
  • Jika hari ini kau menangis,
    fikirkanlah tentang senyuman kau pada hari semalam.
  • Tidak semestinya orang yang sentiasa tertawa dan tersenyum itu sedang gembira,
    mungkin orang yang sentiasa tersenyum itu sedang berusaha melupakan kesedihannya.

Tuesday 2 August 2011

"saYe suKe bEl0n..."

ini adalah saya..
huhuhuhu..
sye tak hensem mcm awak/pakwe awk.
background
Name: amirul azriq.
Tarikh lahir: 5 april 1993
Asal: Pontian, Johor
Anak last dari 5 siblings.
suke makan sambil bernafas.huhu
kebolehan istimewa:
mampu bernafas sambil melihat objek yang berwarna merah..
(hebat kann..huhu)
Rahsia:
erm..saye merupakan ultraman zero!!huhuh
warkhhhh!!!!!
(p/s semua ini adalah kenyataan yg direka)